Terma dan Syarat – CleanHero (CH CLeaning Solution PLT)

CleanHero (CH Cleaning Solution PLT) berhak untuk membuat apa-apa perubahan kepada mana-mana bahagian terma dan syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Penempahan perkhidmatan CleanHero menggunakan Whatsapp, Facebook, Instagram, telefon, e-mel, atau laman web, pelanggan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat CleanHero ini.

Baca dalam versi Bahasa Inggeris.

1.  PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN PERMAIDANI DAN KUSYEN

  1. Semua tempahan pembersihan permaidani/kusyen adalah tertakluk kepada RM150.00 caj minimum untuk setiap kali lawatan sesi pembersihan.
  2. CleanHero berhak untuk meminda sebut harga awal sekiranya keperluan asal Pelanggan berubah.
  3. Perbezaan harga melebihi 10% daripada yang telah dipersetujui diperingkat awal akan dibincangkan dengan Pelanggan sebelum permulaan kerja.
  4. Jika Pelanggan mempunyai anjing, kucing atau lain-lain haiwan berbulu yang akan memperlahankan proses pembersihan, caj tambahan sebanyak 30% caj akan ditambah pada harga perkhidmatan. (Tertakluk kepada kotoran yang diakibatkan oleh haiwan tersebut seperti kencing dan supaya kami boleh membawa peralatan yang sesuai)
  5. Apa-apa caj tambahan seperti tempat letak kereta, kos tol dan kilometer tambahan (20km ke atas) akan dimasukkan ke invois Pelanggan melainkan jika perjanjian berasingan telah dibuat.
  6. Jika premis pelanggan adalah bukan di tingkat bawah sebuah bangunan yang tanpa lif, bayaran tambahan sebanyak RM20.00 minimum akan dikenakan.
  7. CleanHero berhak untuk tidak meneruskan kerja jika atas pemeriksaan, didapati bahawa bahan yang hendak dibersihkan atau dirawat tidak sesuai untuk pembersihan atau rawatan. CleanHero juga tidak akan meneruskan kerja jika sebagai contoh sumber air atau elektrik tidak boleh didapati atau jika terdapat campur tangan dalam kerja daripada Pelanggan atau mana-mana orang lain.

 

2. PEMBAYARAN

  1. Pembayaran hendaklah dilakukan setelah selesai kerja pada hari sama sesi pembersihan.
  2. Bayaran boleh dibuat secara tunai setelah tamat perkhidmatan.
  3. Bayaran boleh dibuat dengan urus niaga perbankan dalam talian setelah tamat perkhidmatan.
  4. Bayaran boleh dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada CH Solution Cleaning PLT setelah tamat perkhidmatan. Jika membayar dengan cek, Pelanggan akan bertanggungjawab untuk semua caj undang-undang akibat daripada cek tidak laku.
  5. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois setelah selesai kerja. Pelanggan memahami bahawa mana-mana ‘bayaran lewat mungkin tertakluk kepada caj tambahan. Anda bersetuju sebagai sebahagian daripada kontrak ini untuk membayar apa-apa jumlah yang mewakili kos dalam mengumpul jumlah yang tidak dibayar.
  6. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia.

 

3. ADUAN DAN TUNTUTAN

  1. Pelanggan menerima dan memahami bahawa perkhidmatan yang tidak memuaskan mesti dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas perkhidmatan selesai. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menybabkan pelanggan tidak boleh mendapatkan sebarang pembayaran balik atau pembersihan semula.
  2. CleanHero memerlukan kehadiran Pelanggan atau wakil semasa permulaan dan akhir sesi pembersihan supaya pemeriksaan kualiti dapat dijalankan. Jika Pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan semasa pemeriksaan, atau dilaporkan dalam tempoh 24 jam selepas perkhidmatan, CleanHero akan melakukan pembersihan semula mana-mana kawasan kepada kekosongan jadual dan kakitangan kami secara percuma.
  3. CleanHero mungkin mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk bertindak balas terhadap aduan.
  4. CleanHero tidak akan menerima aduan yang difailkan lebih daripada 24 jam selepas sesi pembersihan.
  5. Aduan yang diterima adalah secara bertulis (surat, e-mel, Whatsapp) atau panggilan. Aduan hendaklah dilaporkan selesai sahaja kerja pembersihan atau dalam tempoh 24 jam.
  6. Barangan yang mudah pecah mestilah dialihkan ke tempat yang selamat oleh pihak Pelanggan. CleanHero tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian, sekiranya terdapat sebarang masalah perlulah dilaporkan semasa keberadaan kami.
  7. CleanHero tidak melakukan kerja-kerja pembaharuan (restoration) kepada barangan fabrik, oleh itu pemulihan warna adalah TIDAK DIJAMIN. Pelanggan perlu memahami bahawa permaidani atau kusyen kelihatan tidak sekata selepas dibersihkan disebabkan haus dan lusuh. Sinaran UV akan menyebabkan warna pudar dan pembersihan tidak boleh mengembalikan semula warna barangan. Kesan tompokan mungkin tidak kelihatan sebelum cucian disebabkan terlindung oleh kotoran dan mungkin tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. Operator CleanHero akan berusaha sedaya-upaya memberikan hasil yang terbaik tetapi pelanggan diminta untuk mengambil kira limitasi ini yang menjadi kebiasaan dalam semua operasi pembersihan. Hasil cucian mungkin berbeza-beza daripada satu pelanggan yang lain. Ini bergantung kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dinyatakan di atas.
  8. Sekiranya berlaku kerosakan CleanHero akan cuba untuk membaiki barangan atas persetujuan pelanggan. Jika barangan tidak boleh dibaiki, CleanHero akan menyelesaikan masalah tersebut melalui syarikat insuransnya setelah terbukti oleh kakitangan kami.
  9. CleanHero berhak untuk tidak bertanggungjawab untuk: kelewatan untuk sesi pembersihan yang disebabkan oleh kesesakan lalu lintas, kemalangan jalan raya, tundaan perkhidmatan disebabkan kerosakan peralatan mencuci, pembersihan tidak sempurna disebabkan gangguan air atau kuasa, ketiadaan bahan-bahan pembersihan yang sesuai dan/atau peralatan, terdapat pihak ketiga menghalang proses pembersihan di tempat pelanggan.

 

4. KEPUASAN PELANGGAN

  1. Pelanggan bersetuju bahawa dia tidak berhak kepada apa-apa bayaran balik.
  2. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang telah dijalankan dan aduan perlu dilakukan dalam yang tempoh 24 jam selepas kerja itu selesai. CleanHero berhak untuk melakukan cucian semula pada mana-mana barangan bagi menjamin kepuasan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan mestilah membenarkan cucian dilakukan dan perlu berada semasa proses cucian.
  3. CleanHero berhak untuk tidak melakukan lebih daripada satu kali cucian semula.

 

5. PEMBATALAN

  1. Pelanggan berhak membatalkan kerja pembersihan yang dijadualkan dalam tempoh 24 jam sebelum waktu cucian yang telah dipersetujui.
  2. Pelanggan bersetuju untuk membayar 50% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan jika dia membatalkan atau menukar tarikh/masa kurang 24 jam daripada waktu yang telah dijadualkan.
  3. Pelanggan bersetuju untuk membayar 50% daripada sebut harga sebagai caj pembatalan sekiranya berlaku kes operator CleanHero dilarang memasuki permis; tiada orang di premis untuk membenarkan operator menjalankan tugas; tiada air atau kuasa yang ada di premis pelanggan atau terdapat masalah dengan kunci pelanggan. Sekiranya terdapat pintu berkunci, pintu hendaklah dibuka tanpa apa-apa tindakan keras dan paksa atau kemahiran.
  4. Pelanggan bersetuju untuk membayar RM20.00 sekiranya tidak hadir dalam tempoh 30 minit daripada masa yang telah dipersetujui. CleanHero berhak untuk tidak melaksanakan pembersihan dan penjadualan semula adalah tertakluk kepada proses tempahan baru (dengan deposit baru)
  5. Jika deposit telah dibayar bagi menggunakan perkhidmatan CleanHero, pelanggan bersetuju bahawa minimum RM20.00 daripada deposit tersebut boleh digunakan untuk menampung caj pembatalan.

 

6. SELEPAS PEMBATALAN PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN

  1. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia yang berkaitan, dan dengan mempersetujui Terma dan Syarat ini, sebarang masalah yang timbul, pelanggan bersetuju untuk menyerahkan kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah berkaitan di Malaysia. CleanHero berhak untuk membuat apa-apa perubahan kepada mana-mana bahagian Terma dan Syarat ini tanpa memberi notis terlebih dahulu.