Mengapa Perlu Melanggan Sebagai Ahli?

Kami sedar bahawa pelanggan kami prihatin terhadap kebersihan fabrik mereka. Pembersihan fabrik secara berkala (3 bulan atau 6 bulan sekali), bergantung kepada tahap penggunaan, dapat meningkatkan kualiti udara di dalam rumah serta memanjangkan hayat fabrik. Selain itu, penyakit-penyakit yang berpunca daripada alahan dapat dielakkan.

Bagi memastikan pelanggan kami mendapat yang terbaik, CleanHero hanya menggunakan bahan cuci berkualiti premium dan selamat. Selain itu, juruteknik cucian kami juga mendapat latihan mengikut modul antarabangsa seperti WoolSafe dan IICRC.

Atas dasar ini, CleanHero menawarkan Program Langganan supaya pelanggan dapat melakukan pembersihan berkala pada harga yang sangat berbaloi.

Lihat pakej keahlian kami. Klik sini.

Pakej keahlian CleanHero